Tuesday, July 28, 2009

Kentang Putar

Hmm.. Bukan senang nak senang. Tapi bukan susah nak susah. Pernah dengar ungkapan ini?? >> "Weyh balik kampung tanam jagung la weyh!"
Kenapa mesti tanam jagung?? Sebab jagung ini kalau kalian kaji, mampat dengan kandungan karbohidrat. Boleh jadi suatu hari nanti nasi yang kita makan kini diganti dengan jagung kukus buatan sendiri. Cuma bezanya bagi yang 'allergic' kepada warna kuning, kacang jagus menjadi idaman kalbu.

Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya ialah aku ingin mengajak kalian sentiasa menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat Illahi. Ini termasuklah nikmat udara, masa, harta, keluarga, rezeki, tempat tinggal dan nilai sebuah persahabatan. Sabtu lalu, aku diajak untuk menikmati makan malam bersama sahabat lama di Shah Alam. Memang begitu girang untuk bersama mereka setelah sekian lama tidak bertemu. Walau ingin aku sampaikan di sini ialah INTEC, dan UiTM Shah Alam hanyalah sejauh mata memandang.

Kami bertekad untuk bersantap di Restoran Ayam Goreng Kentaki di Seksyen 2. Ikram bercadang untuk menghabiskan duitnya pada malam itu juga (Mentang-mentang lew duit biasiswa baru masuk) dengan satu tujuan yang mulia. Kami semua makan secara PERCUMA!! Yeah Yeaha!!

Sempat kami beramah mesra dan bertukar-tukar cerita. Agak mengejutkan apabila aku mengetahui mereka terpaksa berasak-asak di dalam Rapid KL semata-mata untuk ke sini. Kenapalah tidak diberitahu terlebih dahulu?? Bolehlah aku menumpangkan kereta Honda 60an aku kepada mereka. Aish segan agaknya, biarlah. Turut diundang VIP jemputan khas
-->
* Amir
* Ikram
* Nasrul
* Kamil
* Asma'
* Hanani

Setiap seorang melantak dua ketul ayam yang tidak kurang besarnya. Kentang putar dan sayur Koslaw memang menjilat jari. Kami bersurai jam 10.30 malam. Mereka semua pulang ke kampus masing-masing dan aku pulang ke rumah. Bersyukurlah dengan segala apa yang ada di depan mata anda sekarang. Selagi ia masih ada. "Every beginning has an end", dipetik daripada filem Hitman.

p/s: Macam kota sesat la bila masuk kampus UiTM Shah Alam. Pusing-pusing dah pening. Tekan-tekan tidak dapat.



"Muka Kepuasan"



"Perut Kebuncitan"

Friday, July 10, 2009

Kem Bina Negara


Assalamualaikum dan salam anak bangsa...

Woah! Penat sangat badan. Setelah selesai menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) selama lima hari bermula isnin hingga hari ini (jumaat) di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang, banyak yang aku perolehi. Aku rasa bangga sangat dengan Malaysia tanah tumpahnya darahku ini. Tidak terungkap dengan kata-kata. Selama ini, benarlah kata orang apabila Melayu mudah lupa. Kita bersikap endah tak endah akan perihal negara kita. Tetapi aku percaya tak kan Melayu hilang di dunia! Sepanjang kursus ini, aku seolah-olah bagai dikejutkan daripada mimpi yang nyenyak. Banyak ilmu baru yang aku dapat. Aku rasa sangat bertuah sebab aku menjadi anak jati Malaysia. Pelbagai perasaan yang menerjah ke dalam benak fikiranku ini. Kursus ini benar-benar meninggalkan kesan.

Gembira, bangga, bersyukur, sedih, sayu... Itulah yang aku rasa.

Tidak banyak yang aku boleh ceritakan kerana kursus ini tertakluk di bawah akta rahsia sulit kerajaan. Antara inti pati yang aku boleh kongsi bersama ialah :

- Perpaduan ( Konsep Malaysian Malaysia adalah berbeza dengan konsep One Malaysia )
- Toleransi ( Tanah Melayu dikatakan 'bacul' suatu ketika dahulu oleh Indonesia tetapi sikap inilah sebenarnya kekuatan kita )
- Hak orang Melayu ( Tolong jangan pertikaikan Perkara 153 iaitu berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu )
- Pemberian Jus Soli ( Melalui Kontrak Sosial 1:4, siapa yang tidak adil sebenarnya?? Jadi tolong fahami konsep yang sebetulnya. )
- Malaysia berteraskan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan ( Mahukah satu hari nanti kita bertunjangkan pemerintahan bercorak Republik atau Rahib?? )
- Peristiwa berdarah 13 Mei dan Perarakan Hindraf adakah satu kebetulan? ( Dimanakah silapnya?? )

Di sini aku ingin bangkitkan satu analogi >>

Ada 3 buah bakul. Setiap bakul mempunyai 3 jenis ketam yang berbeza. Ketam hitam, ketam putih dan ketam perang.

Situasi 1 : Seekor ketam hitam cuba untuk panjat keluar dari bakul, ketam yang lain akan membantu dan mereka akan saling bertindan dan membina seolah-olah sebuah tangga sehinggalah ketam tersebut berjaya keluar. Dan ketam-ketam yang lain cukup berpuas hati dan berbangga kerana walaupun yang lain tidak dapat keluar, tetapi mereka sebenarnya telah berjaya walaupun hanya seekor ketam sebagai wakil.

Situasi ke-2 : Seekor ketam putih cuba meloloskan diri dari bakul. Panjat punya panjat, dengan sokongan padu ketam-ketam yang lain akhirnya ketam tersebut berjaya. Dan ketam tersebut akan menunggu di bibir bakul menarik ketam-ketam yang lain untuk sama-sama keluar dari bakul sehinggalah semua ketam berjaya keluar. Maka kosonglah bakul. Tidak lagi dikurung.

Situasi ke-3 : Seekor ketam perang cuba memanjat dinding bakul. Suku jalan, ketam ini terjelopok. Usaha gigih lagi, maka sampailah ke separuh jalan tetapi rebah jatuh jua. Rupa-rupanya ketam-ketam yang lain akan menarik sesama mereka sehinggalah tidak ada seekor pun yang berjaya keluar. Maka gulai lemak ketam menjadi hidangan istimewa makan malam keluarga berada.

Adakah untuk berjaya, perlu ada yang gagal?? Adakah dengan sama-sama berjaya, bermakna kita belum betul-betul menang?? Adakah mentaliti jenis ini yang kita mahukan?? Kalau begitu tunggulah saat negara Malaysia satu hari nanti bukan lagi negara Islam, bukan lagi penduduk majoritinya orang Melayu, tiada lagi kuasa raja-raja, orang sudah tidak kenal apakah itu Bahasa Melayu, dan tiada lagi hak istimewa orang Melayu!!

Andai kata kita dijajah kembali, penghapusan etnik dilakukan secara besar-besaran kepada semua rakyat, semuanya dihalau keluar dari Malaysia.
Kalau orang Cina dihalau mereka akan ke negeri China.
Kalau orang India dihalau mereka akan ke negeri India.
Kalau orang Melayu dihalau?? Kemana lagi kita ingin pergi??

Sedangkan bumi sendiri dirampas orang. Hanya setelah 446 tahun kita dijajah, baru sahaja separuh abad kita menikmati kemerdekaan. Kita hanya perlukan sehari untuk menghancurkan kedaulatan yang kita miliki kini. Jadi sayangi negara kita bak kata pepatah, "Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."



.. BERJUANG MENEGAKKAN NUSA ..