Tuesday, September 22, 2009

Fedex Menongkah Arus


بسم الله الرحمن الرحيم

Day 4:-

17 September 2009

Semester baru bakal menjelma. Kuliah perubatan untuk pelajar2 tahun satu University of Cairo dalam kiraan detik masaku. Otakku ligat membilang waktu. Macam manalah keadaannya ek?? Kalau di Malaysia mungkin kita boleh terbayang lagi. Tapi di sini?? Siapalah yang tahu...

Program hari ini tidaklah memenatkan sangat. Sebelah pagi kami berorientasi seperti biasa. Sebelah malam kami jalan2 cari makan pula. Nak tahu ke mana destinasi kami?? Hayya ila Hayyu A'syir..(seksyen 10). Tempat sahabat2 yang lain bermukim. Kami menuju ke Rumah Anak2 Negeri Selangor. Ada Deenie, Raja, Dzorfan, Muzammil dan Wafi. Untuk keterangan yang lebih lanjut berkaitan rumah ini, silalah lawat laman blog sahabat aku, saudara Deenie. Kami berbuka puasa di sana bersama kenalan2 baru. Dah lama tak makan dalam talam. Rindu pula rasanya keadaan di SAMBEST dulu. Nak tahu apa yang specialnya kat sini? Warung Darul Ehsan. Terbaek! Malam tu aku dan Ikram mengadakan ujikaji dan eksperimen tentang masakannya. Pergh.. Harga bolehlah dikatakan murah, sedap dan banyak pulak tuh! Patutlah orang kata siapa yang pergi Mesir mesti badan naik punya. Tapi aku tak kot. Ke belum lagi?? Weyh Syazwan aku dah kurus okeyh! =)

Kemudian kami diperkenalkan dengan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKSAM). Aku pun isi la borang pendaftaran menjadi ahli. Di Mesir ni, rumah Selangor ni lah kiranya macam kampung aku. Rumah Perlis pun ada juga, almaklumlah aku sebenarnya lahir kat Perlis, tapi aku hanya boleh jadi ahli bersekutu je lah sebab aku bermastautin kat Selangor hampir sepanjang hidup aku. Kalau bosan2 duduk kat Malaysian Hall uh aku balik la sini. Kawan pun ramai. Percaya tak wujudnya Muhajirin dan Ansar zaman moden kini?? Ada..siapa kata takde.. Malam tu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan disaudarakan dengan ustaz2 yang menjadi exco lajnah rumah Selangor. Kiranya papehal terus direct contact kat ustaz masing2 r... Ala2 anak angkat gitu, hak~

Sebelum pulang ke Malaysian Hall, aku sempat lagi membedal segelas susu panas buatan Warung Darul Ehsan sekali lagi. Manis dan sedap kot! Tapi aku saspek bukan susu unta la. Aku tengok pak2 arab pun ada jugak lepak kat situ. India2 Menachi pun ada. Entahlah aku pun tak tahu mereka semua diimport dari mana. Pasrah sajalah hai labu...

Kalau antum semua nak tahu, depan Malaysia Hall tempat kita orang menginap tu jalan sikit lebih kurang tak sampai 1km ada kedai jus. Setiap hari pasti aku akan ke sana. Sama ada untuk membeli topup atau pun jalan2 testing power try cakap dengan orang arab ataupun membedal jus. Motto aku, 'Tiap hari jus, perisa lain2 gitu'. Cuba teka sampai2 dekat Mesir ni, benda apa yang aku beli first dengan kemahiran aku sendiri melakukan urusan jual beli tanpa bantuan senior2?? Mestilah benda makanan. Aku beli sebotol air gas Mirinda perisa epal hijau dengan harga 3 Genih, Yippi!! Kami semua tidak melepaskan acara membeli jus atau a'sir dengan mengerumuni penjual air tersebut. Masyallah laziz awi! Sedap tak terkata jus tebu (عصير قصب). My favourite ever at this time. Kalaulah aku boleh tapawkan untuk kalian sahabat2 aku di Malaysia, nak bagi korang rasa, dah lama aku angkut berkotak2 jus naik Fedex. ^_^

p/s : Keropok atau jajan kat sini sedap jugak! Namanya Chipsy atau شيبسي. Kenapa la yek aku asyik berbicara berkaitan makanan je?? Mesir ni terkenal dengan makanannya sahajakah? Ikuti episod seterusnya yang lebih epilog dan holistik~ =O


Kedai jus semata-mata!!


Rumahku Syurgaku

Malaysia tetap di hatiku

Sunday, September 20, 2009

Berbaloikah $100??


بسم الله الرحمن الرحيم
Day 3:-

16 September 2009

Bak kata pepatah Melayu, "Sudah jatuh ditimpa tangga", maka kami pelajar2 perubatan yang baru hadir ke bumi anbiya' ini tidak mahu berlagak sombong apatah lagi buat2 tahu dengan keadaan persekitaran yang cukup asing dan menggerunkan. Sehubungan dengan itu, 'orientasi' dilaksanakan. Di SAMBEST sendiri perkataan ini cukup popular. Ada yang sudah terbayang dalam kepala otak--> "Argh tak best r..," "Buang masa r..," "Buat ape orientasi, mesti bosan..," Tapi tanggapan yang sedemikian segera kami tepis. Jauh panggang dari api. Sudah lumrah dan adat, aktivitinya mestilah ceramah, forum, LDK dan bersuka ria. Aku dapat simpulkan bahawa MESIR = مصر

>> [م] = Mehnah ( Banyak cabaran yang perlu kami tempuhi )

>> [ص] = Sedekah ( Sepanjang perjalanan kami ke University of Cairo yang mengambil masa setengah jam dengan menaiki bas dan metro, kami boleh jumpa lebih daripada 10 orang miskin yang memerlukan bantuan, alangkah beruntungnya kita kerana pintu untuk berbuat jariah terbuka luas )

>> [ر] = Raudhah ( Taman2 syurga = Majlis ilmu yang begitu banyak sekali yang dihadiri oleh Syeikh2 dan para alim ulama, alangkah ruginya bagi kami tatkala kami sudah menggenggam segulung ijazah kelak, kami sama sahaja seperti doktor2 lepasan negara2 lain, walhal peluang untuk menuntut ilmu agama di sini sudah terbentang luas di depan mata )

Kemudian aku mula berfikir sejenak, Masyallah kalaulah aku boleh menjadi seorang Al-hafiz di samping seorang doktor. 1 tahun = 5 juzu'. 6 tahun = 30 juzu'. Insyallah aku akan tekadkan azam dan menjadikannya salah satu matlamat sepanjang aku hidup di sini. Kemudian aku mula mengakui, doktor dari Mesir tidak akan sesekali sama dengan doktor dari UK, Ireland, India, Rusia, Indonesia mahupun Malaysia. Kami dianugerahkan dengan 'added value', terpulang kepada individu untuk memilih haluan masing2. Alangkah beruntungnya aku. Kalau orang arab cakap "يا بختك" (Beruntunglah kamu).

Orientasi kami berakhir jam 11 p.m. Masing2 menuju ke bilik untuk merehatkan minda selepas menikmati sedikit juadah moreh. Sebanyak $100 kami telah laburkan untuk aktiviti sepanjang minggu ini. Berbaloikah?? Semestinya berbaloi malahan tidak akan sama ganjaran dan manfaat2 yang kami perolehi sepanjang program ini. Mari kita ikuti kisah seterusnya yang lebih mencabar dan mendebarkan.

To be continued....

"اهلآ وسحلآ"

"Sesi berdialog dengan ahli panel"

Saturday, September 19, 2009

Mutiara Bersinar di Sebalik Debu Pasir


بسم الله الرحمن الرحيم

Day 2 :-

15 September 2009

Pagi selasa yang cukup nyaman. Nak tahu tak ape first impression aku masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke bumi Mesir nih?? >> "Aik saling tak tumpah macam Malaysia"
Tapi betul ke??Mari kita saksikan...

Pada sebelah pagi aku dan beberapa orang sahabat ditemani oleh dua orang senior, Abang Zul (Tahun 4 Perubatan Universiti Mansoura merangkap Exco PERUBATAN) dan Abang Haziq (Tahun 3 Perubatan Universiti Cairo) mengadakan jaulah atau bersiar-siar. Tepat jam 9 a.m.
kami dah terpacak di selekoh perhentian bas dan teksi. Di sini kalau kalian nak tahu manaada perhentian bas. Kami bercadang untuk menuju ke Sayyidah Zainab. Masyallah terlalu sesak keadaannya di dalam bas. Kami berhimpit sana berhimpit sini. Macam tin sardin! Almaklumlah baru kali pertama keluar, meskipun bergerak dalam kumpulan, kami tetap berasa takut dan janggal. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, andai katalah musyrif kami hilang lost in action, waaaa alamatnya sesat sepanjang hayatlah aku dan sahabat-sahabat aku di tengah-tengah kota. Tambang bas yang dikenakan hanya Nusf Ginih (50 sen la umpamanya). 1 Ginih or 1 Egyptian Pound = RM 0.60.

Peristiwa yang mencuit hatiku juga berlaku di dalam bas tersebut. Seorang sahabatku, Afnan diminta untuk menggantikan tugas konduktor bas. Haha cuba bayangkan mukanya pada saat itu. Dahla tak paham bahasa arab sepenuhnya lagi, asyik buat muka blur aje kita orang semua. Aku pula dikasari oleh seorang pak arab yang kelihatan agak berada dan berpelajaran dengan kot hitamnya kerana aku secara tidak sengaja terlanggar bahu beliau. Mana taknya, aku tengah berdiri, dia duduk of course la dalam keadaan yang cukup sesak itu tak mustahil untuk berlaga antara satu sama lain. Seterusnya kami menaiki Metro (ala-ala macam KTM) menuju ke University of Cairo. Masa selama 6 tahun setengah yang akan aku habiskan di kuliah ini.


Tidaklah seindah mana pada tatapan mata. Tapi di sinilah gedung ilmu. Bak kata abang-abang di sini, "Carilah mutiara-mutiara berharga di sebalik debu-debu yang bertebaran." Perkara yang paling aku kagumkan berkenaan universiti ini ialah buku-buku yang akan kami gunakan nanti dikarang sendiri oleh profesor-profesor dan doktor-doktor di sini bahkan dijadikan buku teks dan buku rujukan oleh universiti2 lain termasuk di Eropah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dalam keadaan yang cukup terik. Tekakku berasa kering dan butiran-butiran keringat membasahi dahi dan bajuku. Kami juga difahamkan air jus di sini sedap sangat! Pure and no additive. Tapi bersabar jelah, waktu berbuka belum tiba.


Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di rumah super-senior, Abang Syuib tahun 6 Perubatan Universiti Mansoura. Di sini kami menunaikan solat Zohor dan belajar menggunakan SmartVoip (Panggilan internet ke nombor rumah/hp di Malaysia). Cukup murah dan menjimatkan. Dan di sini juga kami tidak melepaskan peluang untuk berehat seketika (Tidur mati nak dekat sejam!)


Akhirnya kami berjalan pulang ke DMAK untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hari yang cukup memuaskan dengan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya tersemat di kalbu. Pasti kalian berasa cemburukan??Haha bersabarlah wahai sahabat sekalian, waktu kalian pasti tiba~



Konduktor Bas??

Padang Futsal University of Cairo

Malam Pertama


بسم ألله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke bumi para Anbiya' ini. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan kepada kalian semua. Pengalaman bermula dari pesawat berlepas sehinggalah pada detik aku menulis post pada kali ini. Almaklumlah pertama kali dalam sejarah hidup meninggalkan segala-galanya yang tercinta di bumi Malaysia. Perjalanan yang cukup jauh, cukup meletihkan. Nama pun musafir, kalau tak jauh tak sah la ye dak?? Ok mari kita memulakan pengembaraan...

Day 1:-

14 September 2009

Bermulalah perjalanan yang cukup mendebarkan. Chewah~
Hari terakhir aku berada di rumah, sempat lagi berfacebook pada detik-detik terakhir. Jam loceng walaubagaimanapun sudah menunjukkan tepat jam 12 a.m. Aku bercadang untuk mula mengatur langkah ke KLIA jam 1 a.m. Setelah selesai bersiap dan mengadakan checklist yang terakhir, aku pun keluar dari rumah disusuli dengan bacaan "بسم الله توكلت على الله".

Fuad dengan kereta BMWnya turut konvoi bersama. Jadi ada tiga buah kereta keseluruhannya. Banyakkan?? Macam nak hantar rombongan meminang pulak, Masyallah~ Tiba di KLIA jam 2 a.m. Ramai juga rakan-rakan yang sudah sampai terlebih dahulu. Beg bagasi aku terlebih berat muatan ,argh!! Terlebih 7kilo pulak tuh. Excess 1kilo=RM 93. Mujur alhamdulillah ada seorang sahabat aku yang begnya hanya 17kilo je, aish tak tau la ape yang dia bawa. Apalagi aku pun 'kautim2' la dengan abang MAS yang jaga kaunter tu. Yeah! Tak payah bayar extra charge. Aku pun bawa la beg 37kilo aku tu ke kaunter untuk dimasukkan ke dalam perut kapal terbang.

Kemudian aku terserempak dengan Syazwan and his Intians Team, Petet, sebilangan akhuwat dan Fuad apatah lagi. Kami bersahur bersama-sama. Family aku pun ada juga masa tu. Perasaan masa tu??Hmm entahla bercampur-baur rasanya. Tapi aku tetap meleretkan senyuman walaupun dalam hati sebenarnya agak sedih. Yela nak meninggalkan family dan sahabat-sahabat kan. Tapi aku tetap tabahkan hati, sepanjang perjalanan setitis air mata pun tak bergenang keluar dari mataku yang bulat ini. Melihatkan sahabat-sahabat lain yang turut bakal berjuang bersama-sama aku di Mesir nanti, aku berasa puas. Aku berlepas pada jam 7 a.m waktu tempatan dengan menaiki pesawat chartered MH 8682 Airbus kot. Kami semua transit di Amman, Jordan dan pada waktu itu sahabat-sahabat Jordan pula turun ke destinasi mereka. Sekali lagi hatiku diruntun kesayuan. Haniff berpisah dengan kami.

Setibanya di Kaherah, kami disambut oleh akhi-akhi. Kami menaiki bas dan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK). Kami menetap di Asrama Rumah Melayu (ARMA) yang terletak di dalam kompleks Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah tersebut. Dengan muka yamg masih kabur-kabur ayam, kami hanya mendengar taklimat daripada senior-senior. Malam itu sesudah menunaikan solat terawih, aku terus menghenyakkan badanku di atas katil dan terus menanti perjalanan untuk hari esok. Malam pertama yang cukup indah di Ardul Kinanah~


Business class airlines~

Nampak grand kan??

Fahimtum??

Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah