Saturday, August 22, 2009

Watikah yang Ku Miliki~

Salam Al-Mubarrak~

Alhamdulillah akhirnya bulan yang penuh keberkatan menjengahkan dirinya jua. Jikalau Ramadhan yang lepas kita sering berdoa ke hadrat Illahi agar kita dipertemukan kembali untuk Ramadhan yang akan datang, syukur doa kita diperkenankan. Sepatutnya dengan kesempatan ini kita sekali menadah tangan memohon keampunan dari-Nya. Bulan yang dipenuhi dengan keberkatan, ma'firah dan terlepasnya dari api neraka.

Imbas kembali...

Dua hari sebelumnya, pada tanggal 20 Ogos aku dan sahabat handai di INTEC menerima watikah sebagai tanda penghargaan kami menuntut ilmu di sini. Walaupun hanya 3 bulan, ukhuwah yang terbina tidak mampu ku ungkapkan. Apatah lagi dengan sahabat-sahabatku yang telah berkongsi suka dan duka denganku selama 6 tahun mahupun 12 tahun. Apatah lagi selama hidupku ini, aku hidup di dalam sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni selama 18 tahun. Betapa anda bayangkan, berapa tahun lagikah dan berapa banyak watak lagikah yang bakal anda ketemu dalam kehidupan meniti titian ukhrawi.

Penyampaian watikah ala-ala konvokesyen telah diadakan di Dewan Besar INTEC jam 8.30 pagi. Dimulakan dengan kata-kata aluan daripada MC memuji Ya Rabbi, turut diundang barisan Profesor dan para pensyarah. Alunan selawat dan nasyid yang dipersembahkan oleh pelajar MEP diiringi dengan paluan kompang yang memukau, menenangkan lagi suasana. Program Russia turut bersama-sama kami kerana mereka telah pun selesai menjalani Final Exam. Manakala kami bakal berjuang pada 1 September ini.

Kami agak segak berblazer dan berkot. Tidak kurang juga bagi pihak puterinya. Agenda diteruskan dengan ucapan wakil MEP dan Russia. Seterusnya, watikah diserahkan kepada para pelajar oleh Dekan-Dekan yang berwibawa. Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu UiTM Wawasan Setia Jaya dengan penuh bersemangat. Antara lirik yang sempat ku petik, "Watikah yang ku miliki..kan ku semat di hati.."

Ibu bapa dan para pensyarah menikmati jamuan. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar bersama-sama sebagai simbolik memenuhi hajat lumrah dan adat istiadat sesuatu majlis. Bahkan ini merupakan jalan permulaan bagiku dan sahabat-sahabatku menempah dan menempuh kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang, Insyaallah~


Blalalalala~

Bersama Bonda dan Ayahanda Tercinta


Kompang Kampung

Thursday, August 13, 2009

Mentality Of Physiology

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah~


Berbalik kepada persoalan yang aku telah timbulkan tempoh hari, dimanakah hala tuju kita selepas ini?? Tapi sebelum itu, aku dengan berbesar hati ingin mengungkapkan beberapa rangkai kata-kata hikmah buat sahabat-sahabat yang mengenali diriku ini..


There's a story..
Behind every friendship..
Each friend we make..
Is a start of each story..
Our story had a wonderful beginning..
Hope this story..
Never has an end..


MEG1 RoXxX

Winner Of Da' Year


Cium Bola yang Wangi (^_~)

Akhir kalam, inilah hobi aku petang-petang..
Melepak sambil membaca buku Physiology..
Hehe..Adios..