Monday, July 23, 2012

Title: I've found you, so here i am writing again

بسم الله الرحمن الرحيم

    fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

    Assalamualaikum! Lama tak jumpa kan. Salam Ramadhan Al-Mubarak semua. K tugasan pertama korg cuba tengok bawah. Last post aku bertarikh 27 November 2010. diulangi DUA RIBU SEPULUH tu!! Zaman bila ntah. Avengers pon tak keluar lagi. berhabuk tak berhabuk. bersepai pon bersepai la. Hari ni dah 4 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih gagah berpuasa belom uzur-uzur lagi niii. Lepas subuh tadi tiba-tiba je macam eksaited pulak nak modified blog aku ni. Nak log in camane pon aku dah tak ingat.
 So aku decide nak tukar template semua, pilih warna yang mententeramkan jiwa dan matured sikit konon-konon macam da nampak besar sikit la ngeh3. Tapi last-last punya la lama aku nak pilih lagu nak letak dalam blog ni, sekali laman web berkaitan under maintenance pulakk. haramjadah kiciwa den. T_T. Sori sikit la kalau singgah blog ni macam ala-ala sunyi kan. Baru je nak letak nasyid. Ok aku mengaku aku tak layan nasyid. Nasyid Raihan time kecik-kecik dulu layan la. T malam lepas terawih gua letak la lagu. Lagu apa nanti gua pikir.

     Oh tajuk dekat atas tu macam jiwang kan mula-mula, haha dont worry blog ni bergenre bebas. Nak masuk hal peribadi ke, perasaan ke, jiwang-jiwangan ke, keagamaan ke, politik ke, isu semasa ke, event ke, quotes ke, cerpen ke, penglipur lara ke, peristiwa zaman sekolah ke, segmen review filem dan movie ke, fesyen ke, cerekikrama macam cerita 'Perempuan Neraka' haritu ke. Aku tak tengok pun saja je tulis. Semua boleh. Tapi segala post yang berbentuk porno, menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan segala post yang boleh memalukan diri sendiri, keluarga dan makwe adalah dilarang keras sama sekali.

     Penulis masih cuba mendapatkan rentak menulis. jadi sila maafkan beliau. Sila berhati-hati dengan perojakan bahasa dalam blog ni. Tapi sebolehnya penulis akan menyampaikan dalam bahasa baku uollss~ Semua jari-jemari hampir cramp kerana dah lama sangat tak menaip panjang-panjang. Paling panjang pun taip dekat twitter je. Eceh maju kan den skrg ade twitter phewitt. Lagi ramai follower twitter dari blog ni. Buat malu je. Blog ni mmg dah takde harapan kot. Yela gua bukan Hanis Zalikha post "hello" je pon semua org nak berkunjung masuk :) Penulis takde tumblr macam orang jauuuuh nun d sana sebab tu penulis macam agak noob terkebelakang sikit. Takpela janji penyampaian sampai kan. Oh skrg penulis masih di Cairo setia menanti keputusan final exam keluar. Doakan penulis pass semua subjek dan dpt pulang ke tanah air.  Aminn~ Ok sehingga berjumpa lagi.

     
Yes, regarding the title above, i really meant it. Salam