Tuesday, June 23, 2009

Malaysia Book Of Record



Jika Dato' Azhar Mansor berjaya membelah lautan..
Jika Dato' Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat Inggeris..

Bagaimana pula dengan diriku??Adakah hanya insan biasa yang hanya tahu meratah kata dan mengharap ehsan daripada insan lain?? Sebagai pelajar INTEC yang amat dahagakan ilmu, diriku tertanya-tanya, kemana hala tujuku selepas ini..

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-52 pada tahun ini, tarikh 22 Jun-24 Jun 2009 merupakan tarikh keramat bagi diriku dan semua warga INTEC (kecuali Abul) secara keseluruhannya kerana pada tarikh ini, kami berazam dan meletakkan harapan untuk memecahkan rekod Malaysia dalam acara...
"52 HOURS NON-STOP MULTILINGUAL PUBLIC SPEAKING."

Sebanyak 10 bahasa asing termasuk bahasa ibunda dituturkan oleh para peserta; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Arab, Jepun, Rusia, Jerman, Mandarin, Tamil, Perancis dan Korea. Aku memikirkan akan nasib bangsaku. Aku berfikir sejenak. Kalbuku dirobek. Aku keliru dan aku sangsi. Sememangnya aku menjadi salah seorang peserta yang bakal menaikkan nama INTEC, tetapi aku gusar. Aku ingin menyampaikan buah fikiranku di dalam Bahasa Melayu, tetapi atas desakan dan nasihat daripada rakan-rakan yang begitu prihatin akan diriku, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpidato dalam Bahasa Arab.

Tepat jam 1.30 p.m. 23 Jun 2009, giliranku untuk naik ke atas pentas untuk melontarkan segala hujah dan kata, didahului dengan kalam mulia. Aku melangkah gagah, penuh berani. Melihat rakan-rakanku yang lain, setia menanti giliran selepasku, aku buangkan segala kegelisahan yang bermain di benak rasa. Kamera JVC terus memfokuskan ke arahku. Aku tamat setelah 10 minit berbicara. Aku puas. Alhamdulillah pada hari ini aku lancar melontarkan hujah.

Aku menuju ke 'Log Out Counter', untuk menerima sekeping sijil yang penuh bermakna buatku dan sehelai t-shirt bertatahkan logo Malaysia Book Of Record. Tapi bukan ini yang aku kejar. Bahkan ini hanya satu bonus. Dalam pada itu, mindaku melayang menuju ke sekolah lamaku, SAMBEST. Aku teringat sejauh mana sumbangan yang telah aku berikan kepada guru-guruku, junior-juniorku, dan sahabat-sahabatku. Aku sedih. Aku merasakan bahawa diriku tidak membawa sebarang erti kepada mereka semua. Aku ketandusan ilmu. Aku tidak mampu untuk membawa sebarang perubahan. Jadi selepas detik itu, aku bertekad untuk menjadi insan yang berguna yang memberi manfaat kepada orang lain.

Aku sebenarnya telah ditawarkan untuk membarisi 'Cover-Up Man' andai masa yang telah dijadualkan terkeluar dari landasan. Pihak pengurusan telah mendedahkan bahawa program ini telah 'shot' hampir 45 minit. Aku diminta untuk sekali lagi tampil ke atas pentas untuk mengisi slot malam ini, dan pada detik itu aku perlu berhujah dalam Bahasa Inggeris pula. Aku menolak. Beralasan bahawa aku perlukan sedikit masa untuk bersedia. Lagi pula, sahabatku, Syazwan Adzhar, hampir pasti beliau akan mengkritikku dan membetulkan tatabahasaku. Banyak yang aku belajar daripada beliau. Aku bersyukur.

Aku berdoa supaya program ini akan mencapai kejayaan. Esok hari bakal menjadi penentu sama ada rekod baru akan dipecahkan, atau keringat yang menjadi saksi kesungguhan kami semua. Nik Nur Madhihah telah diberi penghormatan untuk menjadi peserta terakhir yang akan melontarkan hujah beliau dalam Bahasa Arab sekaligus menjadi simbolik berakhirnya acara ini. Sama-sama kita mengangkat tangan memohon restu dari Illahi. Wasalam~

Wakil EX-SAMBEST : Aku, Zaharudin dan Hanif (Arab). Ikram tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain.

p/s : Penghargaan buat sahabatku, Deenie yang telah membantuku mendapatkan teks Bahasa Arab. Terima Kasih. Blog ini disiapkan pada ketika rakan-rakan lain sedang berpidato meneruskan agenda di Dewan Cemara.

9 comments:

Muhammad Syakir Uzair bin Mohd Azman said...

pergh
gmpk2...
thniah diucapkan kepada dak2 INTEC...
msti ade yg x tido sbb smgt kan..
hehe
lpas ni,
ntikan kjutan drpd MIAT atau MAI(world book of record or rusia book of record la)
hahaha
ckp nk lebat je...

siti-situ-sana-sini said...

aja aja fighting!!hee

aMiR LaLoQ said...

uit pe ko merepek ni aja??huu~

siti-situ-sana-sini said...

ceit..ko kte aku merepek??
tu bhse korea la..
ko ni, x international lnsung la..ha
mksdnye..go go fighting..
ade pahem??
org x mrpk tw!

Muhammad Syakir Uzair bin Mohd Azman said...

ye ye je aja ni...
test bkk kamus sket...
tu bhse korea ke iban 2??
haha

siti-situ-sana-sini said...

ceeeiiittt...
ni lg sorg..
x cye tu bhse korea..
nway, tu je satu2nye word korea g aku tw...
heh
nk lwn ckp iban ke??
takut nnt kome yg terketar2..hak3

dEe-Nie said...

hehe. welcome amir..
tahniah buat korg ok!!!
korg mmg hbt~

aMiR LaLoQ said...

aish korg ni dok btekak je keje kat tmpt komen ak nih,hehe~g kdai kopi la dol

Muhammad Syakir Uzair bin Mohd Azman said...

amir!!!
kopi o kurg hrge 1!!!
maggi goreng kurg sedap 1!!!
hahaha