Assalamualaikum dan salam anak bangsa...
Woah! Penat sangat badan. Setelah selesai menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) selama lima hari bermula isnin hingga hari ini (jumaat) di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang, banyak yang aku perolehi. Aku rasa bangga sangat dengan Malaysia tanah tumpahnya darahku ini. Tidak terungkap dengan kata-kata. Selama ini, benarlah kata orang apabila Melayu mudah lupa. Kita bersikap endah tak endah akan perihal negara kita. Tetapi aku percaya tak kan Melayu hilang di dunia! Sepanjang kursus ini, aku seolah-olah bagai dikejutkan daripada mimpi yang nyenyak. Banyak ilmu baru yang aku dapat. Aku rasa sangat bertuah sebab aku menjadi anak jati Malaysia. Pelbagai perasaan yang menerjah ke dalam benak fikiranku ini. Kursus ini benar-benar meninggalkan kesan.
Gembira, bangga, bersyukur, sedih, sayu... Itulah yang aku rasa.
Tidak banyak yang aku boleh ceritakan kerana kursus ini tertakluk di bawah akta rahsia sulit kerajaan. Antara inti pati yang aku boleh kongsi bersama ialah :
- Perpaduan ( Konsep Malaysian Malaysia adalah berbeza dengan konsep One Malaysia )
- Toleransi ( Tanah Melayu dikatakan 'bacul' suatu ketika dahulu oleh Indonesia tetapi sikap inilah sebenarnya kekuatan kita )
- Hak orang Melayu ( Tolong jangan pertikaikan Perkara 153 iaitu berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu )
- Pemberian Jus Soli ( Melalui Kontrak Sosial 1:4, siapa yang tidak adil sebenarnya?? Jadi tolong fahami konsep yang sebetulnya. )
- Malaysia berteraskan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan ( Mahukah satu hari nanti kita bertunjangkan pemerintahan bercorak Republik atau Rahib?? )
- Peristiwa berdarah 13 Mei dan Perarakan Hindraf adakah satu kebetulan? ( Dimanakah silapnya?? )
Di sini aku ingin bangkitkan satu analogi >>
Ada 3 buah bakul. Setiap bakul mempunyai 3 jenis ketam yang berbeza. Ketam hitam, ketam putih dan ketam perang.
Situasi 1 : Seekor ketam hitam cuba untuk panjat keluar dari bakul, ketam yang lain akan membantu dan mereka akan saling bertindan dan membina seolah-olah sebuah tangga sehinggalah ketam tersebut berjaya keluar. Dan ketam-ketam yang lain cukup berpuas hati dan berbangga kerana walaupun yang lain tidak dapat keluar, tetapi mereka sebenarnya telah berjaya walaupun hanya seekor ketam sebagai wakil.
Situasi ke-2 : Seekor ketam putih cuba meloloskan diri dari bakul. Panjat punya panjat, dengan sokongan padu ketam-ketam yang lain akhirnya ketam tersebut berjaya. Dan ketam tersebut akan menunggu di bibir bakul menarik ketam-ketam yang lain untuk sama-sama keluar dari bakul sehinggalah semua ketam berjaya keluar. Maka kosonglah bakul. Tidak lagi dikurung.
Situasi ke-3 : Seekor ketam perang cuba memanjat dinding bakul. Suku jalan, ketam ini terjelopok. Usaha gigih lagi, maka sampailah ke separuh jalan tetapi rebah jatuh jua. Rupa-rupanya ketam-ketam yang lain akan menarik sesama mereka sehinggalah tidak ada seekor pun yang berjaya keluar. Maka gulai lemak ketam menjadi hidangan istimewa makan malam keluarga berada.
Adakah untuk berjaya, perlu ada yang gagal?? Adakah dengan sama-sama berjaya, bermakna kita belum betul-betul menang?? Adakah mentaliti jenis ini yang kita mahukan?? Kalau begitu tunggulah saat negara Malaysia satu hari nanti bukan lagi negara Islam, bukan lagi penduduk majoritinya orang Melayu, tiada lagi kuasa raja-raja, orang sudah tidak kenal apakah itu Bahasa Melayu, dan tiada lagi hak istimewa orang Melayu!!
Andai kata kita dijajah kembali, penghapusan etnik dilakukan secara besar-besaran kepada semua rakyat, semuanya dihalau keluar dari Malaysia.
Kalau orang Cina dihalau mereka akan ke negeri China.
Kalau orang India dihalau mereka akan ke negeri India.
Kalau orang Melayu dihalau?? Kemana lagi kita ingin pergi??
Sedangkan bumi sendiri dirampas orang. Hanya setelah 446 tahun kita dijajah, baru sahaja separuh abad kita menikmati kemerdekaan. Kita hanya perlukan sehari untuk menghancurkan kedaulatan yang kita miliki kini. Jadi sayangi negara kita bak kata pepatah, "Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."

.. BERJUANG MENEGAKKAN NUSA ..
10 comments:
post nih bgus gler ar..
mmg org skrg dah kurang smgt
patriotik..
cinta bngsa dn negara..
(psl agama xyah ckp laa..)
pdhal nabi tuntut sngguh bnde ni..
mmg xley nak tutup mata gn ape yg blaku kat mlysia..
sbb nih tanah air,
kalo bruk..tempat kte gak..
yurp. x byk ngara yg aman cm Mlaysia. even wjud berbilang kaum pun,dgn toleransi yg kita ada, alhmdulillah..tp 1 je yg ak takotkn,pengkhianat bgsa dan ngra. sme cm Si Kitol tym zmn Melaka,kejap je dorg bley dklhkn sdgkn empyr melaka sebuah empyr yg kuat dlu..
ak tringat kesa org2 islam yg cbut lari tem prg uhud..2 pn slh satu cnth pgkhianatan..yg jd antara sbb knpe tntera islam hmpir kalah..
pape pun..
nih ngara kte,xkesa politik n sosial die cmne..
we'r da nextgen..
hehe..
huh
nway, kem bina negar atu dekat ngn kampung beta!!hak
hmmtertarik pd ungkapan
org sudah tidak kenal apakah itu bahasa melayu..
hmm, adakah ppsmi termasuk dlm agenda utk menjatuhkn bhsa melayu??
my opinion, sekali bahasa melayu terhapus kt tanah m'sia,
org melayu akn jd org asing di negara sndri..
bangsa melayu yg selama ni dipertahankn pon akan dipijak2 oleh bangsa asing ysg sedikit demi sedikit mnjajah negara kita...
pergh..klu la org melayu pon xleh duduk kt sini..org jawa nk menumpang kt ne??
ahakzz
nice post bro!!
ungkapan "adakah untuk bjaya,prlu ada pihak yg gagal??" actly btol2 mnyentap jiwa ak. lama ak pk. cuba tgk bgsa kita skung..
top 10 kaya mlysia. hny sorg je mlayu. walaupn tiap taon mgkin btukar org,nape prlu tuka??patah tumbuh ilang bgnti??cmtu??nape x tmbhkn aje bilgn org melyu dlm top list??nape prlu saling mncatas??
Org cina bley tgk bgsa dye bjaya.org mlayu sakit ati ble tgk org melayu sndri yg bjaya.nape ek??muhasabah la diri kte blk..ak cuma hrp 1 ari t ak dpt tlg bgsa ak..insyallah..
ha..org melayu nih mcm cite ketam perang tu..
tell u wat, dlm sume2 ceramah, LDK, n bla bla bla..
ak cme ske hati malaya (sbb ak gelakkn sume actors n actresses de..)
n abseilling..
wakaka
plizzz..blame not me..huhu
huuu... nh la yg kita mahukan
smgt cintakan negara, tp bukan cintakan kerajaan.. hehe..
yg mendaulatkan islam tuh yg kita pleh..
tak kisah la sape pun..
Cina, melayu, india... kita sme2 malaysia maa...
malasnya nak gi btn dis 10-14 ogos..
hmm..
ok..sume org da cakap..
x taw nak cakap apa la plak..
hmm,
banggalah anda menjadi malaysia..
lebih la berbangga menjadi seorang yang Islam pada nama dan realiti..
Post a Comment