Saturday, October 3, 2009

Who's The Mastermind??


بسم الله الرحمن الرحيم

3th Oktober 2009; 10.02 p.m.

"Hari ni last terawih, jom kita solat kat Masjid Azhar jom,"ajak abang fasi aku. Aku pun
terus bersetuju. Bukan dia ajak pergi clubbing kan, so don't try me ok. Kita orang sampai agak terlewat, so pandai2 la tambah rakaat sendiri. Lepas je jemaah selesai witir, aku pun pelik. Kenapa ada lagi jemaah baru dekat mihrab belakang. Masjid Azhar untuk pengetahuan antum, dipisahkan oleh beberapa mihrab mengikut zaman. So masjid ni kiranya up-to-date la.

"Diorang sembahyang ape tu bang?" soal aku.
"Owh diorang qiam tuh, sembahyang tahajud la selalunya." jawab abang fasi aku.

Masyallah, terbit sinar keinsafan dan kagum dalam hati aku. Selepas diselidiki, baru aku taw jemaah qiam ni akan berterusan sejurus selepas solat terawih sehingga lah waktu subuh menjelma. Tapi mestilah kena tidur dulu kan, kalau tak bukan qiam namanya. Aish nak dibandingkan dengan amalan aku, berapa kali sangat la aku buat tahajud. Berapa kali sangat la aku buat hajat. Berapa kali sangat la aku buat taubat. Berapa kali sangat la aku buat tasbih. Berapa kali sangat la aku buat witir. Huu kerdilnya aku.

Kemudian kami berjalan2 sekitar Masjid Azhar. Meriah sungguh. Banyak betul pasar. Macam pasar malam. Berderet sepanjang jalan. Kalau tak silap nama tempat ni Husin. Ada jual minyak at-tar, jubah2, kopiah, cenderahati, perkakas2 and so on. Ala-ala Masjid India kot. Kalau nak berlatih cakap arab, tempat2 cenggini la yang bagus.

Jalan punya jalan...
'Pap'. Terkejut aku. Bahu aku disapa.
"Bla..bla..bla.." (Orang arab cakap aku x paham)
" انا مشفهم اسف يا ام " ( Saya minta maaf saya x faham )
Dia pergi pulak kat abang fasi aku. Oho pastu ak dah lost signal. Tak dengar ape diorang sedang bualkan. Last2 pak arab tu tarik tangan abang fasi aku tuh. Aku pun buat la muka pelik sambil tunjuk kat pak arab tu ape yang dia nak. Abang fasi aku terangkan yang pak arab tu nak bagi kad. Ala2 bisnes kad kot, detik hati aku. Oho patutla, kedai pak arab tuh agak terperosok kat bahagian dalam, so customer tak jenguk la. Kedai minyak at-tar. Nampak class dan mewah.

Kami berempat masuk la kedai tuh. Pastu pak arab tu g tutup pintu kaca dia. Mak ai cuak gile. Ingat nak kena rompak ke hape. Alhamdulillah rupanya dia nak pasang pendingin hawa. Lega hati aku. Al-maklumlah baru sampai kat bumi Mesir nih, kena hati2 sikit. Ingat nak bagi kad je, rupanya siap promote barang dia lagi. Adeyh macam2 la orang berniaga nih. Even kami semua dah refuse banyak kali, tapi abang fasi aku cakap camnih dalam Bahasa Melayu ( Kasi pak arab tu tak faham apa yang kita orang bualkan ), "Kalau kita tak beli satu minyak at-tar dia, jawabnya harapan la kita nak keluar. Tido la kita kat sini"

"WTH!!", aku respond dalam hati.

" This perfume contained no alcohol," pak arab tuh speaking sambil buat demo. Woah! Terkejut aku, susah taw nak jumpa orang arab yang reti speaking. Dia pun kasi la try pelbagai bau-bauan. Habis kena lumur. Esok tak payah mandi nih, dah wangi dah. Detik hati aku lagi. Haha. Kemudian macam2 la ayat dia keluarkan. Biasala orang berniaga. Kami pun sebagai pelanggan tawar-menawar la seminimum yang kami boleh. Tapi otak dah nampak katil dah. Penat berjalan dari siang. Taw tak apa yang terjadi akhirnya?? Setiap seorang daripada kami membawa pulang sebotol minyak wangi yang berharga L.E 15.

4 x 15 = L.E 60 ( Pak arab tu dapat )
Abang fasi aku cakap kalau kat kedai lain botol besar nih harga lebih kurang L.E 25 instead of L.E 15 yang kami dapat.
So, siapa yang untung sekarang?? Anda tentukan...


Jemaah menunaikan qiamullail


Malam masih muda beb


Hoho takut betul aku malam uh

3 comments:

tepianmuara said...

salam..

seb bek stakat nh aku x pnah kne cm2,

hah..

Anonymous said...

ak pon tak pnah kna cm tuh ag..

Amir said...

blom tiba masa korg lagi!huaha tfk la t