بسم الله الرحمن الرحيم
15 September 2009
Pagi selasa yang cukup nyaman. Nak tahu tak ape first impression aku masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke bumi Mesir nih?? >> "Aik saling tak tumpah macam Malaysia"
Tapi betul ke??Mari kita saksikan...
Pada sebelah pagi aku dan beberapa orang sahabat ditemani oleh dua orang senior, Abang Zul (Tahun 4 Perubatan Universiti Mansoura merangkap Exco PERUBATAN) dan Abang Haziq (Tahun 3 Perubatan Universiti Cairo) mengadakan jaulah atau bersiar-siar. Tepat jam 9 a.m.
kami dah terpacak di selekoh perhentian bas dan teksi. Di sini kalau kalian nak tahu manaada perhentian bas. Kami bercadang untuk menuju ke Sayyidah Zainab. Masyallah terlalu sesak keadaannya di dalam bas. Kami berhimpit sana berhimpit sini. Macam tin sardin! Almaklumlah baru kali pertama keluar, meskipun bergerak dalam kumpulan, kami tetap berasa takut dan janggal. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, andai katalah musyrif kami hilang lost in action, waaaa alamatnya sesat sepanjang hayatlah aku dan sahabat-sahabat aku di tengah-tengah kota. Tambang bas yang dikenakan hanya Nusf Ginih (50 sen la umpamanya). 1 Ginih or 1 Egyptian Pound = RM 0.60.Peristiwa yang mencuit hatiku juga berlaku di dalam bas tersebut. Seorang sahabatku, Afnan diminta untuk menggantikan tugas konduktor bas. Haha cuba bayangkan mukanya pada saat itu. Dahla tak paham bahasa arab sepenuhnya lagi, asyik buat muka blur aje kita orang semua. Aku pula dikasari oleh seorang pak arab yang kelihatan agak berada dan berpelajaran dengan kot hitamnya kerana aku secara tidak sengaja terlanggar bahu beliau. Mana taknya, aku tengah berdiri, dia duduk of course la dalam keadaan yang cukup sesak itu tak mustahil untuk berlaga antara satu sama lain. Seterusnya kami menaiki Metro (ala-ala macam KTM) menuju ke University of Cairo. Masa selama 6 tahun setengah yang akan aku habiskan di kuliah ini.
Tidaklah seindah mana pada tatapan mata. Tapi di sinilah gedung ilmu. Bak kata abang-abang di sini, "Carilah mutiara-mutiara berharga di sebalik debu-debu yang bertebaran." Perkara yang paling aku kagumkan berkenaan universiti ini ialah buku-buku yang akan kami gunakan nanti dikarang sendiri oleh profesor-profesor dan doktor-doktor di sini bahkan dijadikan buku teks dan buku rujukan oleh universiti2 lain termasuk di Eropah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dalam keadaan yang cukup terik. Tekakku berasa kering dan butiran-butiran keringat membasahi dahi dan bajuku. Kami juga difahamkan air jus di sini sedap sangat! Pure and no additive. Tapi bersabar jelah, waktu berbuka belum tiba.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di rumah super-senior, Abang Syuib tahun 6 Perubatan Universiti Mansoura. Di sini kami menunaikan solat Zohor dan belajar menggunakan SmartVoip (Panggilan internet ke nombor rumah/hp di Malaysia). Cukup murah dan menjimatkan. Dan di sini juga kami tidak melepaskan peluang untuk berehat seketika (Tidur mati nak dekat sejam!)
Akhirnya kami berjalan pulang ke DMAK untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hari yang cukup memuaskan dengan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya tersemat di kalbu. Pasti kalian berasa cemburukan??Haha bersabarlah wahai sahabat sekalian, waktu kalian pasti tiba~
Konduktor Bas??
Padang Futsal University of Cairo
3 comments:
haha..kesian kwn tu kna jd konduktor!
btw,sayyidah zainab is my lil' sister!ahaks!;p
haha taw la nama kaw sayyidah sukainah,wekz~
amir....
ble nak datang urdun?he
Post a Comment