Sunday, December 13, 2009

You Don't Deserve That

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai memenuhi rutin bulanan, aku dan beberapa orang sahabatku atau lebih dijustifikasikan sebagai ahli baitku, akan menjejakkan kaki ke sebuah pasar raya membeli belah yg terbesar di afrika yakni City Star di Nasr City. Pada hari tersebut, hati aku girang kerana baru sahaja mendapatkan broadband. Walaupun duit sedikit melayang, namun apa yg mampu aku buat hanya memandang sebelah mata.

Dalam perjalanan pulang...(setelah ditranslate ke Bahasa Melayu)

A= Amir B= Pemandu teksi C= Sahabatku

A : "Teksi ya teksi! Perumahan Fustat?"

B : "Ya tentu sahaja."

A : "Berapa?"

B : "Awak letak berapa?"

A : "15 Genih mungkin?"

B : "Tidak. 25 genih."

A: "Tidak tidak tidak. Awak tak masuk akal. Kebiasaannya paling tinggi 20 Genih. Hampir setiap minggu kami ke sini."

C: "Amir, jom r blah. Cari teksi lain je larh." (Sambil melangkah pergi)

B : "Baiklah 23 genih."

A : "Tidak. Kalau begitu tak mengapalah. Terimah kasih."

B : "Baiklah 20 Genih. Masuklah."


*Setelah beberapa meter kereta melangkah. Pemandu teksi meminta izin untuk turun sebentar membeli secawan teh.

B : "Awak nak teh?"

A : "Owh tak mengapalah. Terima kasih."

B : "Are you Andonesi?"

C : "No. We're Malizi."

B : "Ahsan-Nas. What's your name?"

A : "Amir."

C : "Ahmad, and he is Muhammad." (refer to one of my other friend)

C : "And you?"

B : "Omar. You know Umar Al-Khattab? I really love him."

A : "Yes. He's such a brave and great man."

C : "Your English is quite good eh."

B : "I can speak Italian too, Greek, French and Hebrew. But very well in Italian. The rest of them just syuwaih-syuwaih."

A : "Hahaha."

B : "You all Muslim?"

C : "Insyaallah Alhamdulillah. Islam is very beautiful."

B : "Yes yes of course. In Malizia all Muslims?"

A: "Not all, but most of us. Malizia is an Islamic country. But we also got Masih (Kristian), Hindu and Buddha."

B : "Do you like Egypt?"

C : "Yes, of course. Egypt is very beautiful."

B : "But I don't like Egypt. Our government is very bad. Even I have to drive this taxi."

A : "Yes. You don't deserve this work. You can speak well in many language. Maybe you can work in Italian restaurant."

B : "But our country don't offer so much job to the people. That's why you can see there are so many taxi driver here."

C : "Sorry. Where are you graduated from?"

B : "I used to study in the art faculty. My wife is graduated from Ain-Shams University in the faculty of Arabic Literacy, now she is housewife."

A : "Do you want to visit Malizia someday?"

B : "Yes. I love to! Malizia women are very beautiful. I love Asian people."

C : "Hehe. Do you want to add some more? There are three quota left."

B : "Absolutely...if I can haha."

A : "But Egyptian women helwah (beautiful) too."

B : "You think so? But I don't."

********************We all laugh as the cab arrived at the destination.*********************


B : "It's ok. Free. I won't charge any single price."

C : "No no no. You must take this money."

A : "Yes. It's yours. Here take this. Syukran."

C : "Syukran. Maassalamah. Good to see you akhi."

B : "Afwan. Maassalamah. Bye bye!"

A : "Assalamualaikum."

B : "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh."


Àbdullāh Ibn Àbbās  narrates that Rasūlullāh  said, “Love the Arabs for three things: • because I am an Arab, • the Qur’ān is in Arabic and • the language of the people of Jannah is Arabic.



Friday, December 11, 2009

Wujudkah 5 Minggu Dalam Sebulan??


بسم الله الرحمن الرحيم


~Author~

"Masyallah Amir, ape kena dengan blog kamu nih?? Dah buang tebiat kew? Dah tak ingat kew dgn buku yg prnh kaw khatamkn suatu ketika dahulu?? ----> 7 Habits of Highly Effective People. Mane?Pebenda yg kaw dapat??Tak amal pown..," gundah hati kecil aku kepada aku kembali.

Aku bungkam. Satu persatu aku teliti isi kandungan blog aku.

"Pebenda yg tak kena? Semua orait jek aku tengok. Nak kata 18sx takde pown. Isu2 yg menyentuh sentimental perkauman pun aku rase tak ade. Hmmmm..."

Jari telunjuk aku teraba2. Mata aku mencapah,tertumpu ke satu arah.
----> Amir (Last updated 5 weeks ago). Aduyai lamanya aku x memblogging. Siapa pula yg ingin aku salahkan?? Salahkan rumah baru ni la boleh x?? Siapa suruh takde line telefon. Kalau menetap di Malaysia tak sampai 24 jam Telekom dah settlekan. Aku hampa dalam duka. Kecewa dalam kata.

"Amir,bila ko nk update blog kaw? Aku ternanti2 kisah menarik dari kaw," luahan hati Wan.

"Weyh bro, sedangkan aku pon dah pandai memblogging, apetah lg kaw. Tapi mane kaw menghilang selama sebulan lebih nih??" Nidzam berbicara.

"Adoi Amir, aku taw la kaw rajin menelaah pelajaran, tapi kita orang di sini merindui tinta kalam kaw huu," celah Deenie.

"No comment," tambah Fuad.

Maka dengan itu, perkara2 yg aku dah lakukan sepanjang 5 minggu yg lalu tanpa internet :>

(1) Pindah rumah baru.
(2) Gotong-royong mencantikkan rumah.
(3) Belajar memasak tanpa buku resepi.
(4) Pergi kuliah balik kuliah.
(5) Borong baju sejuk banyak2.
(6) Mandi pagi2 tak guna heater. (Bajet kebal)
(7) Main futsal atas tar belakang halaman rumah. (Aku jatuh terseret hampir 5 meter, darah menitis2 sepanjang lenganku)
(8) Usha2 awek arab, namun satu pon x berkenan di hatiku.
(9) Bergaduh dengan pemandu teksi. (Ditinggalkan di tepi jalan dengan alasan jalan sesak)
(10) Khatamkan novel Twilight dan New Moon. (Mesti ada org kata aku ketinggalan zaman)
(11) Melapah daging kambing dan unta.
(12) Pisau lapah terlepas dari genggaman tanganku menghiris kulit kakiku. (Aku terkena infection dan kaki kananku membengkak selama seminggu)
(13) Menghadiri pelbagai jamuan sempena Eid-Adha. (Aktiviti yg plg aku gemari)
(14) Menjalani latihan bola keranjang untuk perlawanan antara universiti.
(15) Jaulah sekitar Alexandria. Pengalaman pertama naik tram. (Kereta api tgh2 jalan raya)
(16) Melawat dua pupuku di bangunan Mara bertanyakan khabar.
(17) Ziarah rumah Nasrul di Alexandria berdekatan rumah Qarafi anak Ustz Ridhuan Tee.
(18) First time tgk wayang di Mesir. Cerita 2012. Tiket bapak mahal!
(19) Cari pasal dengan budak2 arab. (Jerit kat dorg 'Buuya' = Orang asli)
(20) Parents aku dtg sini melancong dan melawat aku . Aku jd tour guide mereka.
(21) Tgh berusaha mengkhatamkan Eclipse plak. (Moga2 writing skill aku masih ada)
(22) Baru beli Broadband. And satu2nya reason aku dpt update post terbaru aku kali ini. =)

Wallahualam~

Cruise Sg. Nil

Menikmati Panorama Bandar Kaherah


Masjid Amru Bin Al-'Asr

Friday, October 30, 2009

Rumahku Syurgaku~


بسم الله الرحمن الرحيم

Yo yo wazzup guys?? Fuh lame betul x blogging. Ok la, kali ni aku akan
story kat korg semua pasal rumah baru aku. Hehe smart beb. Rumah
aku or rumah kami adalah antara rumah yg paling murah kat cairo and worthy. Korg pndai2 la klasifikasikan mengikut susunan sebelum
bermulanya gotong-royong and selepas tamatnya pengubahsuaian.
So enjoy da picz~








<tHe StOry oF uS>


The END....~

Tuesday, October 13, 2009

Mocking Bird

بسم الله الرحمن الرحيم


Ok malam ni aku rasa aku nk ubah style penulisan aku. Hmm mungkin sebelum2 nih post aku terlalu overdose or toOo hardcore for those who are quite geek, but this time i'm gonna let myself free!! (but cautions guys, aku masih mengekalkan ciri2 keaslian Bahasa Melayu dengan tidak menggunakan gaya penulisan SMS)

Mula2 aku terfikir, nak jadi bakal doktor ni kena la ada macam2 aset, gaya cakap kena la nampak berkaliber, kot sentiasa tersarung di badan, rambut disisip kemas leper ke kanan, kasut berkilat kiwi tonyoh2 jemur 3 hari 3 malam tak puas hati sebab tak kilat2 jugak, baju tak pernah miss 'tuck in', tali leher berwarna merah menjadi penyeri hari yang cukup terik.

But you know what? I hate those stuff. It seems not like me. I have my own style. My own attitude. But in certain condition, I have to. And well it nicely fits me. Entahlah, kadang2 aku terfikir, umur aku pon dah mencapai 18, rasa macam muda lagi and of course orang nampak kita as a 'teenager' or muda mudi. Tapi aku rasa perangai aku still macam budak2 sekolah lagi. Kenapa ek? Korang nak suruh aku menjadi lebih matang?? Ok boleh..no hal..but deep in my heart once again I hate it. Aku rasa kekok.

Hmm..aku teringat lagi kata2 seorang motivator ni, "Manusia ni bila dah makin dewasa, makin susah nak ekspresikan perasaan mereka, unlike the kid, they cry when they sad, they jump when they happy and they roar when they want and desperate for something."

Betul jugak en? Patutlah kita cepat tua.. and tak mustahil aku katakan there is certain people
who don't actually know how to appreciate somebody bacause of those reason. Why? They actually want to show how mature they are, but for me they are nothing. Pernah tak korang lepas dapat result yang sangat cemerlang lets say 12A, after you find out how lucky you are, you say alhamdulillah and then you jump and loudly yell "Yeaha I did it!!"

"U did it Amir!I know from the beginning you can do it!", I spoke to myself.
Have you ever try this?I bet you don't. See...how much have you appreciate yourself? Did you don't do it because you wanna show me some maturity? Nonetheless you are nothing for me.

Korang nak taw style aku? Aku bukan kaki belajar tapi aku tahu bila nak kena belajar. Aku bukan budak surau but I know when is the time for me to be the slave of the Almighty. Aku bukan budak yang cerewet dengan pemakaian but I know how to choose my attire. "You are cool man," my friends said that. And aku bukan skema but it doesn't show that I hate rules and regulation. Setiap peraturan membuatkan diri anda lebih mudah dan teratur.

I love my spiky style hair. I love my casual shirt. I love my two-rounded flipping white Bumps belt. I love my GA Blue cutting style jeans. I love my snikers. I love my Casio digital-analog watch. And I love my RBK stylo spectacles. So I just advice you all people do not ever and ever judge a book by it's cover. And no one ever complained me 'bout that.

There's one time, I try to change myself. Try to act mature. I stop all the chit-chat with my friends. Be a bookworm 24 hours. Doesn't mix with the people around. Try to build a hard-steel
wall towards girls. And you know, one of my friend come nearby my ear and loudly says..

"That's sucks man!"
"Amir kau tak payah jadi hipokrit boleh tak?" "
"Kau ni kenapa?Buang tebiat keh?"

It really turned me down and dumped me. Yurp I felt very sad in that way. So I changed myself back. And after that I realized that you should be yourself. Everyone has their own credibility. And so were I. I'm very proud to be myself. Maybe you are laughing at me because I am a different, but I will laugh to all of you because you are all the same. Hahahaha =)

Believe me? You better.. (^_~)

Saturday, October 3, 2009

Who's The Mastermind??


بسم الله الرحمن الرحيم

3th Oktober 2009; 10.02 p.m.

"Hari ni last terawih, jom kita solat kat Masjid Azhar jom,"ajak abang fasi aku. Aku pun
terus bersetuju. Bukan dia ajak pergi clubbing kan, so don't try me ok. Kita orang sampai agak terlewat, so pandai2 la tambah rakaat sendiri. Lepas je jemaah selesai witir, aku pun pelik. Kenapa ada lagi jemaah baru dekat mihrab belakang. Masjid Azhar untuk pengetahuan antum, dipisahkan oleh beberapa mihrab mengikut zaman. So masjid ni kiranya up-to-date la.

"Diorang sembahyang ape tu bang?" soal aku.
"Owh diorang qiam tuh, sembahyang tahajud la selalunya." jawab abang fasi aku.

Masyallah, terbit sinar keinsafan dan kagum dalam hati aku. Selepas diselidiki, baru aku taw jemaah qiam ni akan berterusan sejurus selepas solat terawih sehingga lah waktu subuh menjelma. Tapi mestilah kena tidur dulu kan, kalau tak bukan qiam namanya. Aish nak dibandingkan dengan amalan aku, berapa kali sangat la aku buat tahajud. Berapa kali sangat la aku buat hajat. Berapa kali sangat la aku buat taubat. Berapa kali sangat la aku buat tasbih. Berapa kali sangat la aku buat witir. Huu kerdilnya aku.

Kemudian kami berjalan2 sekitar Masjid Azhar. Meriah sungguh. Banyak betul pasar. Macam pasar malam. Berderet sepanjang jalan. Kalau tak silap nama tempat ni Husin. Ada jual minyak at-tar, jubah2, kopiah, cenderahati, perkakas2 and so on. Ala-ala Masjid India kot. Kalau nak berlatih cakap arab, tempat2 cenggini la yang bagus.

Jalan punya jalan...
'Pap'. Terkejut aku. Bahu aku disapa.
"Bla..bla..bla.." (Orang arab cakap aku x paham)
" انا مشفهم اسف يا ام " ( Saya minta maaf saya x faham )
Dia pergi pulak kat abang fasi aku. Oho pastu ak dah lost signal. Tak dengar ape diorang sedang bualkan. Last2 pak arab tu tarik tangan abang fasi aku tuh. Aku pun buat la muka pelik sambil tunjuk kat pak arab tu ape yang dia nak. Abang fasi aku terangkan yang pak arab tu nak bagi kad. Ala2 bisnes kad kot, detik hati aku. Oho patutla, kedai pak arab tuh agak terperosok kat bahagian dalam, so customer tak jenguk la. Kedai minyak at-tar. Nampak class dan mewah.

Kami berempat masuk la kedai tuh. Pastu pak arab tu g tutup pintu kaca dia. Mak ai cuak gile. Ingat nak kena rompak ke hape. Alhamdulillah rupanya dia nak pasang pendingin hawa. Lega hati aku. Al-maklumlah baru sampai kat bumi Mesir nih, kena hati2 sikit. Ingat nak bagi kad je, rupanya siap promote barang dia lagi. Adeyh macam2 la orang berniaga nih. Even kami semua dah refuse banyak kali, tapi abang fasi aku cakap camnih dalam Bahasa Melayu ( Kasi pak arab tu tak faham apa yang kita orang bualkan ), "Kalau kita tak beli satu minyak at-tar dia, jawabnya harapan la kita nak keluar. Tido la kita kat sini"

"WTH!!", aku respond dalam hati.

" This perfume contained no alcohol," pak arab tuh speaking sambil buat demo. Woah! Terkejut aku, susah taw nak jumpa orang arab yang reti speaking. Dia pun kasi la try pelbagai bau-bauan. Habis kena lumur. Esok tak payah mandi nih, dah wangi dah. Detik hati aku lagi. Haha. Kemudian macam2 la ayat dia keluarkan. Biasala orang berniaga. Kami pun sebagai pelanggan tawar-menawar la seminimum yang kami boleh. Tapi otak dah nampak katil dah. Penat berjalan dari siang. Taw tak apa yang terjadi akhirnya?? Setiap seorang daripada kami membawa pulang sebotol minyak wangi yang berharga L.E 15.

4 x 15 = L.E 60 ( Pak arab tu dapat )
Abang fasi aku cakap kalau kat kedai lain botol besar nih harga lebih kurang L.E 25 instead of L.E 15 yang kami dapat.
So, siapa yang untung sekarang?? Anda tentukan...


Jemaah menunaikan qiamullail


Malam masih muda beb


Hoho takut betul aku malam uh

Tuesday, September 22, 2009

Fedex Menongkah Arus


بسم الله الرحمن الرحيم

Day 4:-

17 September 2009

Semester baru bakal menjelma. Kuliah perubatan untuk pelajar2 tahun satu University of Cairo dalam kiraan detik masaku. Otakku ligat membilang waktu. Macam manalah keadaannya ek?? Kalau di Malaysia mungkin kita boleh terbayang lagi. Tapi di sini?? Siapalah yang tahu...

Program hari ini tidaklah memenatkan sangat. Sebelah pagi kami berorientasi seperti biasa. Sebelah malam kami jalan2 cari makan pula. Nak tahu ke mana destinasi kami?? Hayya ila Hayyu A'syir..(seksyen 10). Tempat sahabat2 yang lain bermukim. Kami menuju ke Rumah Anak2 Negeri Selangor. Ada Deenie, Raja, Dzorfan, Muzammil dan Wafi. Untuk keterangan yang lebih lanjut berkaitan rumah ini, silalah lawat laman blog sahabat aku, saudara Deenie. Kami berbuka puasa di sana bersama kenalan2 baru. Dah lama tak makan dalam talam. Rindu pula rasanya keadaan di SAMBEST dulu. Nak tahu apa yang specialnya kat sini? Warung Darul Ehsan. Terbaek! Malam tu aku dan Ikram mengadakan ujikaji dan eksperimen tentang masakannya. Pergh.. Harga bolehlah dikatakan murah, sedap dan banyak pulak tuh! Patutlah orang kata siapa yang pergi Mesir mesti badan naik punya. Tapi aku tak kot. Ke belum lagi?? Weyh Syazwan aku dah kurus okeyh! =)

Kemudian kami diperkenalkan dengan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKSAM). Aku pun isi la borang pendaftaran menjadi ahli. Di Mesir ni, rumah Selangor ni lah kiranya macam kampung aku. Rumah Perlis pun ada juga, almaklumlah aku sebenarnya lahir kat Perlis, tapi aku hanya boleh jadi ahli bersekutu je lah sebab aku bermastautin kat Selangor hampir sepanjang hidup aku. Kalau bosan2 duduk kat Malaysian Hall uh aku balik la sini. Kawan pun ramai. Percaya tak wujudnya Muhajirin dan Ansar zaman moden kini?? Ada..siapa kata takde.. Malam tu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan disaudarakan dengan ustaz2 yang menjadi exco lajnah rumah Selangor. Kiranya papehal terus direct contact kat ustaz masing2 r... Ala2 anak angkat gitu, hak~

Sebelum pulang ke Malaysian Hall, aku sempat lagi membedal segelas susu panas buatan Warung Darul Ehsan sekali lagi. Manis dan sedap kot! Tapi aku saspek bukan susu unta la. Aku tengok pak2 arab pun ada jugak lepak kat situ. India2 Menachi pun ada. Entahlah aku pun tak tahu mereka semua diimport dari mana. Pasrah sajalah hai labu...

Kalau antum semua nak tahu, depan Malaysia Hall tempat kita orang menginap tu jalan sikit lebih kurang tak sampai 1km ada kedai jus. Setiap hari pasti aku akan ke sana. Sama ada untuk membeli topup atau pun jalan2 testing power try cakap dengan orang arab ataupun membedal jus. Motto aku, 'Tiap hari jus, perisa lain2 gitu'. Cuba teka sampai2 dekat Mesir ni, benda apa yang aku beli first dengan kemahiran aku sendiri melakukan urusan jual beli tanpa bantuan senior2?? Mestilah benda makanan. Aku beli sebotol air gas Mirinda perisa epal hijau dengan harga 3 Genih, Yippi!! Kami semua tidak melepaskan acara membeli jus atau a'sir dengan mengerumuni penjual air tersebut. Masyallah laziz awi! Sedap tak terkata jus tebu (عصير قصب). My favourite ever at this time. Kalaulah aku boleh tapawkan untuk kalian sahabat2 aku di Malaysia, nak bagi korang rasa, dah lama aku angkut berkotak2 jus naik Fedex. ^_^

p/s : Keropok atau jajan kat sini sedap jugak! Namanya Chipsy atau شيبسي. Kenapa la yek aku asyik berbicara berkaitan makanan je?? Mesir ni terkenal dengan makanannya sahajakah? Ikuti episod seterusnya yang lebih epilog dan holistik~ =O


Kedai jus semata-mata!!


Rumahku Syurgaku

Malaysia tetap di hatiku

Sunday, September 20, 2009

Berbaloikah $100??


بسم الله الرحمن الرحيم
Day 3:-

16 September 2009

Bak kata pepatah Melayu, "Sudah jatuh ditimpa tangga", maka kami pelajar2 perubatan yang baru hadir ke bumi anbiya' ini tidak mahu berlagak sombong apatah lagi buat2 tahu dengan keadaan persekitaran yang cukup asing dan menggerunkan. Sehubungan dengan itu, 'orientasi' dilaksanakan. Di SAMBEST sendiri perkataan ini cukup popular. Ada yang sudah terbayang dalam kepala otak--> "Argh tak best r..," "Buang masa r..," "Buat ape orientasi, mesti bosan..," Tapi tanggapan yang sedemikian segera kami tepis. Jauh panggang dari api. Sudah lumrah dan adat, aktivitinya mestilah ceramah, forum, LDK dan bersuka ria. Aku dapat simpulkan bahawa MESIR = مصر

>> [م] = Mehnah ( Banyak cabaran yang perlu kami tempuhi )

>> [ص] = Sedekah ( Sepanjang perjalanan kami ke University of Cairo yang mengambil masa setengah jam dengan menaiki bas dan metro, kami boleh jumpa lebih daripada 10 orang miskin yang memerlukan bantuan, alangkah beruntungnya kita kerana pintu untuk berbuat jariah terbuka luas )

>> [ر] = Raudhah ( Taman2 syurga = Majlis ilmu yang begitu banyak sekali yang dihadiri oleh Syeikh2 dan para alim ulama, alangkah ruginya bagi kami tatkala kami sudah menggenggam segulung ijazah kelak, kami sama sahaja seperti doktor2 lepasan negara2 lain, walhal peluang untuk menuntut ilmu agama di sini sudah terbentang luas di depan mata )

Kemudian aku mula berfikir sejenak, Masyallah kalaulah aku boleh menjadi seorang Al-hafiz di samping seorang doktor. 1 tahun = 5 juzu'. 6 tahun = 30 juzu'. Insyallah aku akan tekadkan azam dan menjadikannya salah satu matlamat sepanjang aku hidup di sini. Kemudian aku mula mengakui, doktor dari Mesir tidak akan sesekali sama dengan doktor dari UK, Ireland, India, Rusia, Indonesia mahupun Malaysia. Kami dianugerahkan dengan 'added value', terpulang kepada individu untuk memilih haluan masing2. Alangkah beruntungnya aku. Kalau orang arab cakap "يا بختك" (Beruntunglah kamu).

Orientasi kami berakhir jam 11 p.m. Masing2 menuju ke bilik untuk merehatkan minda selepas menikmati sedikit juadah moreh. Sebanyak $100 kami telah laburkan untuk aktiviti sepanjang minggu ini. Berbaloikah?? Semestinya berbaloi malahan tidak akan sama ganjaran dan manfaat2 yang kami perolehi sepanjang program ini. Mari kita ikuti kisah seterusnya yang lebih mencabar dan mendebarkan.

To be continued....

"اهلآ وسحلآ"

"Sesi berdialog dengan ahli panel"

Saturday, September 19, 2009

Mutiara Bersinar di Sebalik Debu Pasir


بسم الله الرحمن الرحيم

Day 2 :-

15 September 2009

Pagi selasa yang cukup nyaman. Nak tahu tak ape first impression aku masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke bumi Mesir nih?? >> "Aik saling tak tumpah macam Malaysia"
Tapi betul ke??Mari kita saksikan...

Pada sebelah pagi aku dan beberapa orang sahabat ditemani oleh dua orang senior, Abang Zul (Tahun 4 Perubatan Universiti Mansoura merangkap Exco PERUBATAN) dan Abang Haziq (Tahun 3 Perubatan Universiti Cairo) mengadakan jaulah atau bersiar-siar. Tepat jam 9 a.m.
kami dah terpacak di selekoh perhentian bas dan teksi. Di sini kalau kalian nak tahu manaada perhentian bas. Kami bercadang untuk menuju ke Sayyidah Zainab. Masyallah terlalu sesak keadaannya di dalam bas. Kami berhimpit sana berhimpit sini. Macam tin sardin! Almaklumlah baru kali pertama keluar, meskipun bergerak dalam kumpulan, kami tetap berasa takut dan janggal. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, andai katalah musyrif kami hilang lost in action, waaaa alamatnya sesat sepanjang hayatlah aku dan sahabat-sahabat aku di tengah-tengah kota. Tambang bas yang dikenakan hanya Nusf Ginih (50 sen la umpamanya). 1 Ginih or 1 Egyptian Pound = RM 0.60.

Peristiwa yang mencuit hatiku juga berlaku di dalam bas tersebut. Seorang sahabatku, Afnan diminta untuk menggantikan tugas konduktor bas. Haha cuba bayangkan mukanya pada saat itu. Dahla tak paham bahasa arab sepenuhnya lagi, asyik buat muka blur aje kita orang semua. Aku pula dikasari oleh seorang pak arab yang kelihatan agak berada dan berpelajaran dengan kot hitamnya kerana aku secara tidak sengaja terlanggar bahu beliau. Mana taknya, aku tengah berdiri, dia duduk of course la dalam keadaan yang cukup sesak itu tak mustahil untuk berlaga antara satu sama lain. Seterusnya kami menaiki Metro (ala-ala macam KTM) menuju ke University of Cairo. Masa selama 6 tahun setengah yang akan aku habiskan di kuliah ini.


Tidaklah seindah mana pada tatapan mata. Tapi di sinilah gedung ilmu. Bak kata abang-abang di sini, "Carilah mutiara-mutiara berharga di sebalik debu-debu yang bertebaran." Perkara yang paling aku kagumkan berkenaan universiti ini ialah buku-buku yang akan kami gunakan nanti dikarang sendiri oleh profesor-profesor dan doktor-doktor di sini bahkan dijadikan buku teks dan buku rujukan oleh universiti2 lain termasuk di Eropah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dalam keadaan yang cukup terik. Tekakku berasa kering dan butiran-butiran keringat membasahi dahi dan bajuku. Kami juga difahamkan air jus di sini sedap sangat! Pure and no additive. Tapi bersabar jelah, waktu berbuka belum tiba.


Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di rumah super-senior, Abang Syuib tahun 6 Perubatan Universiti Mansoura. Di sini kami menunaikan solat Zohor dan belajar menggunakan SmartVoip (Panggilan internet ke nombor rumah/hp di Malaysia). Cukup murah dan menjimatkan. Dan di sini juga kami tidak melepaskan peluang untuk berehat seketika (Tidur mati nak dekat sejam!)


Akhirnya kami berjalan pulang ke DMAK untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hari yang cukup memuaskan dengan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya tersemat di kalbu. Pasti kalian berasa cemburukan??Haha bersabarlah wahai sahabat sekalian, waktu kalian pasti tiba~



Konduktor Bas??

Padang Futsal University of Cairo

Malam Pertama


بسم ألله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke bumi para Anbiya' ini. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan kepada kalian semua. Pengalaman bermula dari pesawat berlepas sehinggalah pada detik aku menulis post pada kali ini. Almaklumlah pertama kali dalam sejarah hidup meninggalkan segala-galanya yang tercinta di bumi Malaysia. Perjalanan yang cukup jauh, cukup meletihkan. Nama pun musafir, kalau tak jauh tak sah la ye dak?? Ok mari kita memulakan pengembaraan...

Day 1:-

14 September 2009

Bermulalah perjalanan yang cukup mendebarkan. Chewah~
Hari terakhir aku berada di rumah, sempat lagi berfacebook pada detik-detik terakhir. Jam loceng walaubagaimanapun sudah menunjukkan tepat jam 12 a.m. Aku bercadang untuk mula mengatur langkah ke KLIA jam 1 a.m. Setelah selesai bersiap dan mengadakan checklist yang terakhir, aku pun keluar dari rumah disusuli dengan bacaan "بسم الله توكلت على الله".

Fuad dengan kereta BMWnya turut konvoi bersama. Jadi ada tiga buah kereta keseluruhannya. Banyakkan?? Macam nak hantar rombongan meminang pulak, Masyallah~ Tiba di KLIA jam 2 a.m. Ramai juga rakan-rakan yang sudah sampai terlebih dahulu. Beg bagasi aku terlebih berat muatan ,argh!! Terlebih 7kilo pulak tuh. Excess 1kilo=RM 93. Mujur alhamdulillah ada seorang sahabat aku yang begnya hanya 17kilo je, aish tak tau la ape yang dia bawa. Apalagi aku pun 'kautim2' la dengan abang MAS yang jaga kaunter tu. Yeah! Tak payah bayar extra charge. Aku pun bawa la beg 37kilo aku tu ke kaunter untuk dimasukkan ke dalam perut kapal terbang.

Kemudian aku terserempak dengan Syazwan and his Intians Team, Petet, sebilangan akhuwat dan Fuad apatah lagi. Kami bersahur bersama-sama. Family aku pun ada juga masa tu. Perasaan masa tu??Hmm entahla bercampur-baur rasanya. Tapi aku tetap meleretkan senyuman walaupun dalam hati sebenarnya agak sedih. Yela nak meninggalkan family dan sahabat-sahabat kan. Tapi aku tetap tabahkan hati, sepanjang perjalanan setitis air mata pun tak bergenang keluar dari mataku yang bulat ini. Melihatkan sahabat-sahabat lain yang turut bakal berjuang bersama-sama aku di Mesir nanti, aku berasa puas. Aku berlepas pada jam 7 a.m waktu tempatan dengan menaiki pesawat chartered MH 8682 Airbus kot. Kami semua transit di Amman, Jordan dan pada waktu itu sahabat-sahabat Jordan pula turun ke destinasi mereka. Sekali lagi hatiku diruntun kesayuan. Haniff berpisah dengan kami.

Setibanya di Kaherah, kami disambut oleh akhi-akhi. Kami menaiki bas dan menuju ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK). Kami menetap di Asrama Rumah Melayu (ARMA) yang terletak di dalam kompleks Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah tersebut. Dengan muka yamg masih kabur-kabur ayam, kami hanya mendengar taklimat daripada senior-senior. Malam itu sesudah menunaikan solat terawih, aku terus menghenyakkan badanku di atas katil dan terus menanti perjalanan untuk hari esok. Malam pertama yang cukup indah di Ardul Kinanah~


Business class airlines~

Nampak grand kan??

Fahimtum??

Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah

Saturday, August 22, 2009

Watikah yang Ku Miliki~

Salam Al-Mubarrak~

Alhamdulillah akhirnya bulan yang penuh keberkatan menjengahkan dirinya jua. Jikalau Ramadhan yang lepas kita sering berdoa ke hadrat Illahi agar kita dipertemukan kembali untuk Ramadhan yang akan datang, syukur doa kita diperkenankan. Sepatutnya dengan kesempatan ini kita sekali menadah tangan memohon keampunan dari-Nya. Bulan yang dipenuhi dengan keberkatan, ma'firah dan terlepasnya dari api neraka.

Imbas kembali...

Dua hari sebelumnya, pada tanggal 20 Ogos aku dan sahabat handai di INTEC menerima watikah sebagai tanda penghargaan kami menuntut ilmu di sini. Walaupun hanya 3 bulan, ukhuwah yang terbina tidak mampu ku ungkapkan. Apatah lagi dengan sahabat-sahabatku yang telah berkongsi suka dan duka denganku selama 6 tahun mahupun 12 tahun. Apatah lagi selama hidupku ini, aku hidup di dalam sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni selama 18 tahun. Betapa anda bayangkan, berapa tahun lagikah dan berapa banyak watak lagikah yang bakal anda ketemu dalam kehidupan meniti titian ukhrawi.

Penyampaian watikah ala-ala konvokesyen telah diadakan di Dewan Besar INTEC jam 8.30 pagi. Dimulakan dengan kata-kata aluan daripada MC memuji Ya Rabbi, turut diundang barisan Profesor dan para pensyarah. Alunan selawat dan nasyid yang dipersembahkan oleh pelajar MEP diiringi dengan paluan kompang yang memukau, menenangkan lagi suasana. Program Russia turut bersama-sama kami kerana mereka telah pun selesai menjalani Final Exam. Manakala kami bakal berjuang pada 1 September ini.

Kami agak segak berblazer dan berkot. Tidak kurang juga bagi pihak puterinya. Agenda diteruskan dengan ucapan wakil MEP dan Russia. Seterusnya, watikah diserahkan kepada para pelajar oleh Dekan-Dekan yang berwibawa. Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu UiTM Wawasan Setia Jaya dengan penuh bersemangat. Antara lirik yang sempat ku petik, "Watikah yang ku miliki..kan ku semat di hati.."

Ibu bapa dan para pensyarah menikmati jamuan. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar bersama-sama sebagai simbolik memenuhi hajat lumrah dan adat istiadat sesuatu majlis. Bahkan ini merupakan jalan permulaan bagiku dan sahabat-sahabatku menempah dan menempuh kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang, Insyaallah~


Blalalalala~

Bersama Bonda dan Ayahanda Tercinta


Kompang Kampung

Thursday, August 13, 2009

Mentality Of Physiology

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah~


Berbalik kepada persoalan yang aku telah timbulkan tempoh hari, dimanakah hala tuju kita selepas ini?? Tapi sebelum itu, aku dengan berbesar hati ingin mengungkapkan beberapa rangkai kata-kata hikmah buat sahabat-sahabat yang mengenali diriku ini..


There's a story..
Behind every friendship..
Each friend we make..
Is a start of each story..
Our story had a wonderful beginning..
Hope this story..
Never has an end..


MEG1 RoXxX

Winner Of Da' Year


Cium Bola yang Wangi (^_~)

Akhir kalam, inilah hobi aku petang-petang..
Melepak sambil membaca buku Physiology..
Hehe..Adios..

Tuesday, July 28, 2009

Kentang Putar

Hmm.. Bukan senang nak senang. Tapi bukan susah nak susah. Pernah dengar ungkapan ini?? >> "Weyh balik kampung tanam jagung la weyh!"
Kenapa mesti tanam jagung?? Sebab jagung ini kalau kalian kaji, mampat dengan kandungan karbohidrat. Boleh jadi suatu hari nanti nasi yang kita makan kini diganti dengan jagung kukus buatan sendiri. Cuma bezanya bagi yang 'allergic' kepada warna kuning, kacang jagus menjadi idaman kalbu.

Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya ialah aku ingin mengajak kalian sentiasa menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat Illahi. Ini termasuklah nikmat udara, masa, harta, keluarga, rezeki, tempat tinggal dan nilai sebuah persahabatan. Sabtu lalu, aku diajak untuk menikmati makan malam bersama sahabat lama di Shah Alam. Memang begitu girang untuk bersama mereka setelah sekian lama tidak bertemu. Walau ingin aku sampaikan di sini ialah INTEC, dan UiTM Shah Alam hanyalah sejauh mata memandang.

Kami bertekad untuk bersantap di Restoran Ayam Goreng Kentaki di Seksyen 2. Ikram bercadang untuk menghabiskan duitnya pada malam itu juga (Mentang-mentang lew duit biasiswa baru masuk) dengan satu tujuan yang mulia. Kami semua makan secara PERCUMA!! Yeah Yeaha!!

Sempat kami beramah mesra dan bertukar-tukar cerita. Agak mengejutkan apabila aku mengetahui mereka terpaksa berasak-asak di dalam Rapid KL semata-mata untuk ke sini. Kenapalah tidak diberitahu terlebih dahulu?? Bolehlah aku menumpangkan kereta Honda 60an aku kepada mereka. Aish segan agaknya, biarlah. Turut diundang VIP jemputan khas
-->
* Amir
* Ikram
* Nasrul
* Kamil
* Asma'
* Hanani

Setiap seorang melantak dua ketul ayam yang tidak kurang besarnya. Kentang putar dan sayur Koslaw memang menjilat jari. Kami bersurai jam 10.30 malam. Mereka semua pulang ke kampus masing-masing dan aku pulang ke rumah. Bersyukurlah dengan segala apa yang ada di depan mata anda sekarang. Selagi ia masih ada. "Every beginning has an end", dipetik daripada filem Hitman.

p/s: Macam kota sesat la bila masuk kampus UiTM Shah Alam. Pusing-pusing dah pening. Tekan-tekan tidak dapat.



"Muka Kepuasan"



"Perut Kebuncitan"

Friday, July 10, 2009

Kem Bina Negara


Assalamualaikum dan salam anak bangsa...

Woah! Penat sangat badan. Setelah selesai menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) selama lima hari bermula isnin hingga hari ini (jumaat) di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang, banyak yang aku perolehi. Aku rasa bangga sangat dengan Malaysia tanah tumpahnya darahku ini. Tidak terungkap dengan kata-kata. Selama ini, benarlah kata orang apabila Melayu mudah lupa. Kita bersikap endah tak endah akan perihal negara kita. Tetapi aku percaya tak kan Melayu hilang di dunia! Sepanjang kursus ini, aku seolah-olah bagai dikejutkan daripada mimpi yang nyenyak. Banyak ilmu baru yang aku dapat. Aku rasa sangat bertuah sebab aku menjadi anak jati Malaysia. Pelbagai perasaan yang menerjah ke dalam benak fikiranku ini. Kursus ini benar-benar meninggalkan kesan.

Gembira, bangga, bersyukur, sedih, sayu... Itulah yang aku rasa.

Tidak banyak yang aku boleh ceritakan kerana kursus ini tertakluk di bawah akta rahsia sulit kerajaan. Antara inti pati yang aku boleh kongsi bersama ialah :

- Perpaduan ( Konsep Malaysian Malaysia adalah berbeza dengan konsep One Malaysia )
- Toleransi ( Tanah Melayu dikatakan 'bacul' suatu ketika dahulu oleh Indonesia tetapi sikap inilah sebenarnya kekuatan kita )
- Hak orang Melayu ( Tolong jangan pertikaikan Perkara 153 iaitu berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu )
- Pemberian Jus Soli ( Melalui Kontrak Sosial 1:4, siapa yang tidak adil sebenarnya?? Jadi tolong fahami konsep yang sebetulnya. )
- Malaysia berteraskan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan ( Mahukah satu hari nanti kita bertunjangkan pemerintahan bercorak Republik atau Rahib?? )
- Peristiwa berdarah 13 Mei dan Perarakan Hindraf adakah satu kebetulan? ( Dimanakah silapnya?? )

Di sini aku ingin bangkitkan satu analogi >>

Ada 3 buah bakul. Setiap bakul mempunyai 3 jenis ketam yang berbeza. Ketam hitam, ketam putih dan ketam perang.

Situasi 1 : Seekor ketam hitam cuba untuk panjat keluar dari bakul, ketam yang lain akan membantu dan mereka akan saling bertindan dan membina seolah-olah sebuah tangga sehinggalah ketam tersebut berjaya keluar. Dan ketam-ketam yang lain cukup berpuas hati dan berbangga kerana walaupun yang lain tidak dapat keluar, tetapi mereka sebenarnya telah berjaya walaupun hanya seekor ketam sebagai wakil.

Situasi ke-2 : Seekor ketam putih cuba meloloskan diri dari bakul. Panjat punya panjat, dengan sokongan padu ketam-ketam yang lain akhirnya ketam tersebut berjaya. Dan ketam tersebut akan menunggu di bibir bakul menarik ketam-ketam yang lain untuk sama-sama keluar dari bakul sehinggalah semua ketam berjaya keluar. Maka kosonglah bakul. Tidak lagi dikurung.

Situasi ke-3 : Seekor ketam perang cuba memanjat dinding bakul. Suku jalan, ketam ini terjelopok. Usaha gigih lagi, maka sampailah ke separuh jalan tetapi rebah jatuh jua. Rupa-rupanya ketam-ketam yang lain akan menarik sesama mereka sehinggalah tidak ada seekor pun yang berjaya keluar. Maka gulai lemak ketam menjadi hidangan istimewa makan malam keluarga berada.

Adakah untuk berjaya, perlu ada yang gagal?? Adakah dengan sama-sama berjaya, bermakna kita belum betul-betul menang?? Adakah mentaliti jenis ini yang kita mahukan?? Kalau begitu tunggulah saat negara Malaysia satu hari nanti bukan lagi negara Islam, bukan lagi penduduk majoritinya orang Melayu, tiada lagi kuasa raja-raja, orang sudah tidak kenal apakah itu Bahasa Melayu, dan tiada lagi hak istimewa orang Melayu!!

Andai kata kita dijajah kembali, penghapusan etnik dilakukan secara besar-besaran kepada semua rakyat, semuanya dihalau keluar dari Malaysia.
Kalau orang Cina dihalau mereka akan ke negeri China.
Kalau orang India dihalau mereka akan ke negeri India.
Kalau orang Melayu dihalau?? Kemana lagi kita ingin pergi??

Sedangkan bumi sendiri dirampas orang. Hanya setelah 446 tahun kita dijajah, baru sahaja separuh abad kita menikmati kemerdekaan. Kita hanya perlukan sehari untuk menghancurkan kedaulatan yang kita miliki kini. Jadi sayangi negara kita bak kata pepatah, "Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."



.. BERJUANG MENEGAKKAN NUSA ..

Tuesday, June 23, 2009

Malaysia Book Of Record



Jika Dato' Azhar Mansor berjaya membelah lautan..
Jika Dato' Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat Inggeris..

Bagaimana pula dengan diriku??Adakah hanya insan biasa yang hanya tahu meratah kata dan mengharap ehsan daripada insan lain?? Sebagai pelajar INTEC yang amat dahagakan ilmu, diriku tertanya-tanya, kemana hala tujuku selepas ini..

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-52 pada tahun ini, tarikh 22 Jun-24 Jun 2009 merupakan tarikh keramat bagi diriku dan semua warga INTEC (kecuali Abul) secara keseluruhannya kerana pada tarikh ini, kami berazam dan meletakkan harapan untuk memecahkan rekod Malaysia dalam acara...
"52 HOURS NON-STOP MULTILINGUAL PUBLIC SPEAKING."

Sebanyak 10 bahasa asing termasuk bahasa ibunda dituturkan oleh para peserta; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Arab, Jepun, Rusia, Jerman, Mandarin, Tamil, Perancis dan Korea. Aku memikirkan akan nasib bangsaku. Aku berfikir sejenak. Kalbuku dirobek. Aku keliru dan aku sangsi. Sememangnya aku menjadi salah seorang peserta yang bakal menaikkan nama INTEC, tetapi aku gusar. Aku ingin menyampaikan buah fikiranku di dalam Bahasa Melayu, tetapi atas desakan dan nasihat daripada rakan-rakan yang begitu prihatin akan diriku, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpidato dalam Bahasa Arab.

Tepat jam 1.30 p.m. 23 Jun 2009, giliranku untuk naik ke atas pentas untuk melontarkan segala hujah dan kata, didahului dengan kalam mulia. Aku melangkah gagah, penuh berani. Melihat rakan-rakanku yang lain, setia menanti giliran selepasku, aku buangkan segala kegelisahan yang bermain di benak rasa. Kamera JVC terus memfokuskan ke arahku. Aku tamat setelah 10 minit berbicara. Aku puas. Alhamdulillah pada hari ini aku lancar melontarkan hujah.

Aku menuju ke 'Log Out Counter', untuk menerima sekeping sijil yang penuh bermakna buatku dan sehelai t-shirt bertatahkan logo Malaysia Book Of Record. Tapi bukan ini yang aku kejar. Bahkan ini hanya satu bonus. Dalam pada itu, mindaku melayang menuju ke sekolah lamaku, SAMBEST. Aku teringat sejauh mana sumbangan yang telah aku berikan kepada guru-guruku, junior-juniorku, dan sahabat-sahabatku. Aku sedih. Aku merasakan bahawa diriku tidak membawa sebarang erti kepada mereka semua. Aku ketandusan ilmu. Aku tidak mampu untuk membawa sebarang perubahan. Jadi selepas detik itu, aku bertekad untuk menjadi insan yang berguna yang memberi manfaat kepada orang lain.

Aku sebenarnya telah ditawarkan untuk membarisi 'Cover-Up Man' andai masa yang telah dijadualkan terkeluar dari landasan. Pihak pengurusan telah mendedahkan bahawa program ini telah 'shot' hampir 45 minit. Aku diminta untuk sekali lagi tampil ke atas pentas untuk mengisi slot malam ini, dan pada detik itu aku perlu berhujah dalam Bahasa Inggeris pula. Aku menolak. Beralasan bahawa aku perlukan sedikit masa untuk bersedia. Lagi pula, sahabatku, Syazwan Adzhar, hampir pasti beliau akan mengkritikku dan membetulkan tatabahasaku. Banyak yang aku belajar daripada beliau. Aku bersyukur.

Aku berdoa supaya program ini akan mencapai kejayaan. Esok hari bakal menjadi penentu sama ada rekod baru akan dipecahkan, atau keringat yang menjadi saksi kesungguhan kami semua. Nik Nur Madhihah telah diberi penghormatan untuk menjadi peserta terakhir yang akan melontarkan hujah beliau dalam Bahasa Arab sekaligus menjadi simbolik berakhirnya acara ini. Sama-sama kita mengangkat tangan memohon restu dari Illahi. Wasalam~

Wakil EX-SAMBEST : Aku, Zaharudin dan Hanif (Arab). Ikram tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain.

p/s : Penghargaan buat sahabatku, Deenie yang telah membantuku mendapatkan teks Bahasa Arab. Terima Kasih. Blog ini disiapkan pada ketika rakan-rakan lain sedang berpidato meneruskan agenda di Dewan Cemara.

Wednesday, June 10, 2009

Salty Coffee

A boy met her girl friend in his friend's party. She was so outstanding that many guys chasing after her, while he was so quiet that nobody paid attention to him.

At the end of the party, he invited her to have a cup of coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she accepted the request. They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she said, please; let me go home.

Suddenly the boy asked the waiter, "Would you please give me some salt? I would like to put it in my coffee."

She stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it.

She asked him curiously; why you have this hobby?
He replied: "When I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, and I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there," while saying tears filled his eyes.

She was deeply touched. That's his true feeling, from the bottom of his heart. A man, who can tell out his home sickness, he must be a man who loves home, cares and has responsibility of home.

Then she also started to speak about her far away hometown, her childhood, family and all. That was a really nice talk, and also a beautiful beginning of their love story.

They continued to see each other. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, kind hearted, warm and careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee!

Then the story begin just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they were living the happy life and every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that's the way he liked it always.

After 40 years of married life, suddenly the boy had passed away, and left her a letter, in which he said:

"My dearest wife, please forgive me, forgive my whole life lie which I told you. This was the only lie I said to you - the salty coffee. Remember the first time we met? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt. It was hard for me to change, so I just went ahead. I never thought that it could be the beginning of our love story! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything in my married life."

"Now I'm dying, I'm afraid of nothing, so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange and bad taste. But I had the salty coffee for my whole life! Since I love you, I never feel sorry for anything I do for you."

"Having you with me is my biggest happiness since ever. If I can live for the second time, I still want to know you and have you only in my life, even though I have to drink the salty coffee for my whole life."

Her tears made the letter totally wet.

One day, someone asked her: "What's the taste of salty coffee?"
"It's very sweet," she replied.

Right,Shoot!

Task : Students will choose one disease to research on and present their findings to the class. They should find information on the cause, symptoms, physical signs, treatment and prevention of the disease. The presentation should be 10 minutes long with visual aids. Marks will be deducted if the presentation exceeds 10 minutes. They will also need to write a paper ( 3-5 type-written pages ) on this assignment. ( Similar format to the subtopics ) to be handed in on their presentation day. The written paper will make up 10% of this assignment.

Standard Of Evaluation >>>

Role-Play : 15%
Individual Presentation : 30%
( 20%-presentation; 10%-written )

Attendance, Attitude & Participation : 5%

TOTAL : 50% x 2 = 100%


I decided to pick a common disease; AIDS ( Acquired immunodeficiency syndrome )
Here are my main points ----->

Causes of the diseases :
* Unprotected sexual intercourse.
* Contaminated needle.
* Transfer of blood, semen, vaginal fluid, pre-ejaculate, or breast milk.
* Vertical transmission.

Symptoms :
* Fevers
* Sweats
* Swollen glands
* Chills
* Weakness
* Weak Loss
* Nausea
* Skin Rash
* Vomitting
* Headache

Physical Signs :
* Pneumocystis
* Tuberculosis
* Tumors
* Chronic diarrhea
* Lymphomas
* Kaposi's sarcoma
* Cervical cancer

Treatment :
There is currently no vaccine or cure for AIDS and HIV,but yet a
patient still can have the treatments;

* Antiretroviral therapy
* Alternative medicine
* Experimental and proposed treatments
* Post-exposure prophylaxis ( PEP )



"WILL YOU?"